iklan

Tuesday, August 10, 2010

Novel Untuk 3 Hari...available here!!!

rm19.90

"Mereka berjanji kahwin hanya untuk tiga hari"

Dalam tempoh yang amat singkat itu mereka mendapati pasangan pilihan keluarga mereka ada tarikan yg tersendiri dan mereka mula berfikir dua kali mengenai janji mereka. masing2 cuba memegang janji. mampukah mereka bertahan untuk 3 hari?

Sunday, August 8, 2010

Katerina - ready stok....

terima kasih kerana sabar menanti...penghantaran akan dilakukan segera....:)

Wednesday, August 4, 2010

Katerina - harap bersabar

maaf...sbb Novel Katerina masih blom masuk stok.

sebarang update akan diberitahu di sini ataupun melalui email.

Tuesday, August 3, 2010

Rindu Cintaku (sekuel OMBAK RINDU dan Cinta...Tiada Akhirnya) - FAUZIAH ASHARI

RM23.90    

Cinta...Tiada Akhirnya (sekuel OMBAK RINDU) - FAUZIAH ASHARI

RM22.90

Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di 'Ombak Rindu' dipanjangkan lagi di dalam Cinta...Tiada Akhirnya.

Menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya. Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

OMBAK RINDU - FAUZIAH ASHARI

RM19.90
Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY - BUMI CINTA


RM25.90

Menjaga Iman dan Menahan Syahwat
DATA BUKU:
Judul Buku : Bumi Cinta
Penulis : Habiburrahman El-Shirazy
Penerbit : Author Publishing
Cetakan : Pertama, March 2010
Tebal Buku : 546 Halaman
Akhirnya terbit juga novel pembangun jiwa yang selama ini ditunggu-tunggu pembaca setia Kang Abik, sapaan akrab dari nama aslinya Habiburrahman El Shirazy. Tidak jauh berbeda dengan novel-novel sebelumnya, yang membedakan novel ‘Bumi Cinta’ ini mengambil latar kota Rusia tepatnya di Moskwa. Jika pada novel sebelumnya seperti ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Ketika Cinta Bertasbih’ maupun ‘Dalam Mihrab Cinta’ dengan latar suhu panas daerah jazirah Arab. Maka ‘Bumi Cinta’ itu mengambil latar dengan suhu bersalju di musim dingin.
Tokoh dalam novel ini antara lain: Muhammad Ayyas, Linor, Yelena, Devid dan Anastasia Palazzo. Selebihnya adalah tokoh figura. Tidak kalah dengan novel sebelumnya, pada novel ini Kang Abik sangat menguasai betul iklim dan suasana di Moskwa ditambah dengan penuturan bahasa lugas dan mengalir, menjadikan novel ini laris dan layak dibaca.
Baca selanjutnya ya …..
Ayyas sebagai tokoh utama berperan sebagai mahasiswa dan santri salaf dari Yogyakarta lulusan S1-nya di IAIN kemudian melanjutkan di Madinah dan S2-nya di Delhi India. Untuk menyelesaikan S2-nya (disertasi), ia harus melakukan penelitian sejarah di MGU University Moskwa. Di Moskwa ini ia harus berjuang mati-matian mempertahankan iman. Bagaimana tidak, ia hidup satu apartemen dengan dua gadis cantik, yang siapapun melihatnya akan tenggelam dalam kecantikannya. Dua gadis tersebut bernama Linor agen Israel dan Yelena pelacur kelas kakap di Moskwa. Pernah kedua wanita tersebut menggoda Ayyas untuk berbuat mesum layaknya sepasang suami istri. Namun dengan keimanan Ayyas, mampu melumpuhkan kedua wanita tersebut. Meskipun keduanya akhirnya bertobat dan masuk Islam.
Tidak mudah mempertahankan iman Ayyas di Rusia. Dimana kota ini merupakan kota terbebas dengan sebebas-bebasnya free sex dan kota terbesar mengakses situs porno, belum lagi dengan banyaknya atheis (tidak bertuhan) yang mendominasi penduduknya, meskipun ada kelompok kecil masyarakat muslim di Moskwa. Puncak klimaksnya Ayyas tertuduh sebagai teroris pelaku peledakan loby Metropole Hotel yang dimainkan oleh Linor. Tetapi Ayyas mampu mengelak dari tuduhan itu atas dukungan dari Anastasia selaku pembimbing dosen disertasinya, KBRI, dan semua rekannya yang ada di Rusia.

Singkatnya, menjaga iman bukan perkara mudah, apalagi di zaman seperti sekarang ini. Iman bagaikan pondasi bangunan yang harus benar-benar kokoh, kuat dan terjaga. Tetapi sekuat apapun pondasi itu, akan hancur jika setiap hari diserang dan tidak dipelihara. Tidak berbeda dengan keimanan seseorang, jika setiap hari digoda apalagi lingkungan yang tidak mendukung maka bukan hal yang mustahil iman itu luntur.
Begitu pun dengan syahwat. Syahwat atau hawa nafsu merupakan anugerah dari Allah yang hanya dimiliki oleh manusia. Sedangkan pada binatang disebut insting. Jika manusia mampu menahan syahwat dan mampu menungganginya, maka manusia itu akan menempati tempat yang sangat mula melebihi tempat Malaikat. Sebaliknya apabila manusia menuruti dan terjerembab dalam kehinaan syahwat ia akan menempati tempat hina melebihi binatang.

PILOT CAFE- 2 units left!!!!...SEKUELNYA - 1 UNIT LEFT!!!!



pilot cafe - rm19.90 - tinggal 2 unit shj

sinopsis;

Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana. . . tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya. . . dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta. bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe. . . segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci.Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini. . 



SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE - RM18.90 - tinggal 1 shj

sinopsis;

Di Pilot Cafe segalanya bermula semula. Bagaikan ulangan sejarah lama. Ameer menemukan cinta..sayangnya, yang dicintai sudah berpunya. Maya mencari kekasih yang hilang..bertemu, tetapi rintangan yang datang. Sharmila memiliki cinta..bahagia, segalanya indah belaka. Maya kembali semula ke Pilot Cafe..meneguk secangkir kopi panas yang dihidangkan Ameer. Sharmila menjenguk ke Pilot Cafe..hanya menemukan Ameer yang kesunyian. Ke mana arah cinta mereka ini..yang masing-masing punyai rahsia tersembunyi? Bagaimanakah mereka ini..dapat membahagiakan hati masing-masing?

Sunday, August 1, 2010

Lagenda Budak Setan, Kasyah....VERY LIMITED UNIT!!!!

Novel LBS & Kasyah hanya tinggal beberapa unit shj lagi. Walaubagaimana pun, stok Katerina baru sampai.....

HURRY UP!!!!

Wednesday, July 21, 2010

Novel Trilogi Budak Setan ada di sini!!!!

Kompilasi ketiga-tiga novel kisah cinta Kasyah boleh didapati di sini....

dapatkan kesudahan cinta Kasyah melalui trilogi ini:

1.Lagenda Budak Setan

2.Katerina

3.Kasyah Lagenda Berakhir

*** autograf penulis - upon request

Harga termasuk pos : rm70

Untuk harga self pick up sila hubungi saya di 019-3859556 (eda)

Monday, July 19, 2010

Novel Katerina

OPEN FOR BOOKING....


ARRIVAL MID JULY!!!


Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga. . . yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka. . . aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat ilahi. . . setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau mungkin untuk sementara.
Bagai tak terpijak kakinya di bumi, bagaikan langit jatuh menghempap diri. . . dugaan tiada terperi dengan pemergian Ayu menemui ilahi. Katerina hadir lagi, dengan sisa cinta suci yang tiada berbelah bagi, mewarnakan semula pelangi cinta Kasyah yang telah mati. Mungkin di persada indah akhirnya, antara Kasyah dan Katerina, atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan? Penuh debaran, bersilih cabaran. . . yang datang dan yang pergi. . . semuanya mengusutkan keadaan. Kejelitaan Zahirah mengocak damai. . . kerakusan Hisyam semakin menghancurkan. . . Namun segalanya ditangan Tuhan! Akan tumbangkah pohon cemara ke bumi. . . atau menguntum bunga cinta di kaki pelangi?

Monday, July 5, 2010

Novel Lagenda Budak Setan is here!!!



PRICE : RM21.90 not inclusive postage

Location for self pickup : Ampang / Gombak

Limited Edition (Cover Movie) + Ahadiat's Signature

Please contact : EDA - 019-3859556

email: edaein@gmail.com

Friday, June 25, 2010

Novel Kasyah...Lagenda Berakhir

KASYAH...Lagenda Berakhir

Available now!!!


Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahuĂ‚ melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?

Novel Untuk Tiga Hari


RM19.90 not inclusive postage
self pickup : Ampang/Gombak